Biarlah aku tertidur

2009 Februari 25
by adiospunk

`

Bagaimana sekiranya kau terlelap?
Dan bagaimana sekiranya, sewaktu kau tidur, kau telah bermimpi?
Dan bagaimana sekiranya, di dalam mimpimu, kau pergi ke syurga
dan di sana kau memetik sekuntum bunga ganjil dan cantik?
Dan bagaimana sekiranya, bila kau terjaga, kau dapati bunga itu berada di gengaman tanganmu? Ah, apa lagi sesudah itu ?

Samuel Taylor Coleridge

Oh , mereka kata aku tulis blog emo ya.
Terpaksa aku nafikan sebarang tafsiran jahat dengan mencuri sebuah puisi dari era Romanticisme.

Aku tak perlu bersedia kalau dituduh sebagai penulis blog romantis sebab tak akan ada sesiapa pun yang akan percaya…… aku pasti.

699

21 Respons leave one →
  1. 2009 Februari 25

    aku baru je nak buat entri macammana klu bgun nti org yg sama2 gelak dgn kita smlm dh pergi. dan dia..org yg paling penting..seorg emak..

    tpi ko?? uh! aku nk buat jugak sbb kwn aku bru menjadi seorg ^yatim piatu^ di usia aku..tak sanggup =<

  2. 2009 Februari 25

    ohh macam tu ke finas? Tumpang sedih aku sebab kau bawa cerita sedih.

    Elok, kau tulis je tidur dalam versi kau sendiri.
    Yang di atas tu bukan puisi aku,
    tapi Samuel Taylor Coleridge yang punya :-)
    aku cuma terjemahkan.

  3. 2009 Februari 25

    hehehe tiba2 aku macam nak percaya yg ko telah beralih untuk menjadi penulis blog romantis a.k.a jiwang karat.

  4. 2009 Februari 25

    Hahaha, janganlah.
    Paras keyakinan aku tinggi, tak akan ada orang percaya aku akan menjadi penulis blog romantis.

    tapi bila kau dah percaya,
    kau buat keyakinan aku menyusut 3%

  5. 2009 Februari 26

    suwwit

  6. 2009 Februari 26

    Dengan ini aku ingin membuat kenyataan

    “saya rasa Adi seorang penulis blog yang romantis, ayatnya walaupun kelihatan bebas lela tetapi kalau dilihat melalui susun atur bahasanya, adi menyusunnya dari hatinya yang romantis dan penuh rasa cinta. Ya, saya yakin Adi mampu menjadi salah seorang penulis blog yang paling romantik di Malaysia”

    hehehe… Aku hendak buat resensi macam ini lah

  7. 2009 Februari 26

    Koboi, Lydiarayyan dan ainunlmuaiyanah-

    Aku tahu kamu semua ada komplot jahat nak meromantikkan aku.
    Paras keyakinan aku susut lagi 4%.

    Aku tak akan biarkan itu berlaku.

  8. 2009 Februari 26

    adi, aku tidak pernah ada berkomplot..

    Dari hati yang tulus ini, aku rasa kau sememangnya romantik..

    hahahahaahahahaha

  9. 2009 Februari 26

    peeeeewiiittttt!!

    Abang, abang ni punk ke emo?

    hahaha!

  10. 2009 Februari 26
    fakyew permalink

    alamak aiii patut le pagi tadi aku nampak ada orang pakai kepak naik skuter

    sedang mengaplikasikan romanticizing the emo punkrock rupanya

  11. 2009 Februari 26

    owh.. owh.. owh.. adi,
    benarkah ini?

    ohh..
    owh.. bunga-bungaan, owhhh. mekarlah di taman..

  12. 2009 Februari 26

    percaya la bro. komen gua ikhlas dari hati. gua tak buat komplot dgn sesiapa pun. hahaha

  13. 2009 Februari 26

    arghh !! untuk pertama kalinya,
    tak ada seorang pun nak berpihak pada aku.
    Aku kecewa dengan kamu semua.

    Pendapat korang berbau korupsi.

  14. 2009 Februari 26

    Adi, kau kena mengerti sepenuhnya makna

    “katakanlah benar walaupun pahit.”

    hehe

  15. 2009 Februari 27

    Tak dosa jadi romantik.. Lagi perempuan suka..

  16. 2009 Februari 27

    Khairuddin-
    Memang tak dosa.

    Cuma aku seorang kanibal,
    mana boleh romantik.
    Tak sesuai.

  17. 2009 Februari 27

    kanibal layan bunkface.

    khairudin:
    adios tak minat pompuan laa.
    dia ni pasangan luar tabii dgn fakyew.
    tu skrg ni dia giat utk menjadi seorang romantis.

  18. 2009 Februari 27

    Dude-
    Kau pernah dengar lagu Bunkface yang bertajuk MENFITNAH KAWAN DI LUAR TABII tak?

    Ini lirik lagu tu:

    “Suatu masa dahulu,
    ada seorang seseorang
    yang suka menabur fitnah.
    Akhirnya dia penyakit batu karang,
    dan terpaksa melewati
    malam-malam yang bosan
    dengan minum air suam”

    Lagu tu lebih menginsafkan berbanding lagu-lagu nasyid yang diputarkan di Radio.

  19. 2009 Mac 2

    hahahahaha..
    lirik tak habis ni.. sblm minum ayaq suam ni dulu-dulu dia suka minum apa? ayaq dingin?

  20. 2009 Mac 2

    Hahahaha

  21. 2009 Mac 2

    Hahahahahaha…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS