Apakah bezanya antara komputer peribadi dan oksigen ?
Nah, kedua-duannya sama fungsinya iaitu untukmembuatkan aku terus bernafas. Dah seminggu komputer aku rosak. Dan seminggu ini aku sesak nafas. Setan pun nampaknya tak mahu lagi bertaruh atas nama aku .
Aku putarkan masa 1 minggu ini dengan rutin yang cukup hodoh. Sebal.
Dan 1 minggu ini aku baca akhbar lebih banyak halaman dari kelaziman yang biasa. Ternyata tajuk berita menjadi semakin pelik sejak kerajaan memerintah hilang banyak kerusi pada pilihanraya.
Misalnya seminggu ini ada lebih banyak cerita ternakan babi di kawasan yang mereka tumpas.
Tapi aku lagi suka baca cerita Sufiah yusof , pelajar pintar metamatik yang memasuki Oxford dalam usia muda dan kini menjadi pelacur.
Nasib baik aku tak pandai metamatik . kalau tak mungkin aku juga bisa menjadi pelacur. uh!

Dia cantik dan tak suka berfikir. maka biarlah dia senang dengan kerjaya yang dipilihnya.
Seluruh negara kononnya bersimpati . Tapi aku tak suka mereka ikut campur kerana Sufiah senang menjadi call girl makanya biarlah dia memilih sendiri jalannya.
soalnya , mungkin aku tamat membaca buku Salina tulisan A Samad Said yang tersohor tu dua kali. Dan watak pelacur yang dilukisnya itu sangat kuat hingga aku sentiasa berada di pihak salina.
Dan lagu nyanyian peterpan yang bertajuk kupu-kupu malam juga adalah yang paling rasional bagi menggambarkan betapa singkatnya akal kita melihat mereka.
KUPU-KUPU MALAM
Ada yang benci dirinya
Ada yang butuh dirinya
Ada yang berlutut mencintanya
Ada pula yang kejam menyiksa dirinya
Ini hidup wanita si kupu-kupu malam
Bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
Bibir senyum kata halus merayu memanja
Kepada setiap mereka yang datang
Dosakah yang dia kerjakan
Sucikah mereka yang datang
Kadang dia tersenyum dalam tangis
Kadang dia menangis di dalam senyuman
Oh .. apa yang terjadi terjadilah
Yang dia tau Tuhan penyayang umatnya
Oh .. apa yang terjadi terjadilah
Yang dia tau hanyalah menyambung nyawa

Tinggalkan jawapan