Lelaki komunis terakhir

Aku pernah tengok dokumentari bertajuk Lelaki Komunis Terakhir , sebuah biografi tokoh komunis Chin Peng tetapi menyerempet dari idea asal sehingga lebih banyak merakamkan perihal petai berbanding objektifnya seorang ketua PKM.
Hampir tiada apa yang hendak dikagumi . Dari awal sehingga akhir yang mana banyak berkisar mengenai perihal-perihal yang langsung tak penting dan tak imaginatif secara naratifnya .
Wawancara dengan veteran yang tak berkenaan dan diakhiri dengan lawatan ke sempadan Thailand dimana mantan komunis bermastautin menghabisi sisa-sisa perjuangan mereka hanyalah sama dengan gambaran yang aku baca dari majalah dan akbar . Hampir tiada langsung sesuatu yang baru untuk membuka minda.
Walaupun ianya suatu cubaan yang baik untuk meniup kontroversial terutama dari tajuknya sahaja sangat sensitif untuk diterimapakai masyarakat bermentaliti primitif seperti di Malaysia namun materialnya yang lemah menjadikan ianya langsung tak layak diklasifikasikan sebagai radikal.